Saturday 23 April 2022

TTC Part 2: Ujian Darah dan Ujian Air Mani (Semen Analysis)

Lepas dah consult dengan Dr. Mai and buat transvaginal ultrasound waktu first appointment haritu, kitorang kena buat ujian darah dan semen analysis.

Tak perlu set appointment pun dengan staff Klinik Siti Cyberjaya, boleh walk in je terus. Tapi sebab tengah bulan Ramadhan, jadi jadual aku dan suami pulak tak berapa nak cantik. Dapat la jugak cari satu hari untuk datang klinik.


21 April 2022 (Khamis)

Kitorang datang lepas waktu berbuka. Tunggu nama kena panggil jap, lepastu masuk dalam untuk ambil darah. Pada waktu yang sama, suami aku kena pergi buat semen analysis. Ok part ni kelakar. Sebelum hari ni tiba, aku dah buat research dulu pasal pengalaman orang lain. Ada yang kata suami diberi pilihan untuk usaha sendiri atau isteri tolong. Siap ada satu tu, ada bilik khas disediakan dengan TV sebesar alam. Ni klinik/hospital lain lah.

So kitorang punya expectation dekat Klinik Siti Cyberjaya pun sama. Tapi tiba2 ujian darah aku dan semen analysis suami kena buat serentak.

Ujian darah kejap je tak sampai 5 minit pun. Macam biasa lah proses ambil darah, kena inject dan settle. Alhamdulillah tak sakit sebab nurse pandai cari urat. Pro tips before ambil darah, make sure korang minum banyak air dan betul betul hydrate. Sebab bila badan hydrate, urat dekat tengan senang nak cari dan untuk nurse inject.

Lepastu dah settle ujian darah, aku tengok dekat waiting area suami aku still takde. Aku nak text tanya kat mana, tapi aku taknak lah kacau beliau. Wakaka. Actually aku kesian sebab suami aku tengah tak berapa sihat, penat sebab seharian puasa dan takut, sebab honestly, TTC journey ni pun quite stressful untuk dia walaupun dia lelaki. Sebab kitorang still taktahu masalah punca dari mana.

Tunggu punya tunggu, cuba teka dia keluar dari mana? TOILET. So basically dekat Klinik Siti Cyberjaya takde tempat yang macam proper untuk warga suami keluarkan air mani. Ugh.......... Aku tak sure lah kalau memang ada bilik proper yang tengah under renovation ke, tapi time kitorang datang memang takde tempat disediakan.

Toilet dia memang sebelah waiting area. Bising sangat. Time ni ada pulak dua tiga orang budak yang tengah meriah main gelongsor. 




Pintu tu lah tandas nya. View dari sofa merah dekat waiting area. Dan korang boleh nampak gelongsor biru yang aku dendam betul sampai harini. Haha

Suami aku cakap dia agak struggle untuk keluarkan air mani, dengan situasi dan keadaan yang tak selesa. Tapi Alhamdulillah berjaya.

Dah settle ambil darah dengan semen analysis, boleh balik. Nanti lagi beberapa hari contact balik Klinik Siti Cyberjaya, sebab result ambil masa jugak nak keluar since dorang pun hantar sample ke Hospital Pantai tak silap aku. Nanti result dah keluar, boleh set appointment dengan Dr.

Nanti aku update lagi, thanks sudi baca!

Saturday 9 April 2022

TTC Journey: Rawatan Kesuburan di Klinik Siti

Hi!

Dah 6 bulan aku kahwin, tapi aku masih belum pregnant lagi. Mungkin ada yang cakap awal lagi, masih dalam fasa honeymoon, boleh bercinta puas puas. Kalau ikutkan siapa je taknak honeymoon lama2, tapi mak ayah aku pun dah tua, aku jadi sedih. Memang dorang tak pernah tanya atau push bila nak ada anak, tapi aku yang nak sangat bagi dorang cucu.

By the way seminggu lepas kahwin aku kena ovarian cyst, senggugut aku pulak memang jenis sakit teruk, jenis tak boleh bangun. So aku memang risau gila bila dah kahwin 6 bulan tapi aku masih belum pregnant lagi. Sedara dan kawan2 yang kahwin selepas aku pun dah pregnant. Kalau dulu aku tak nampak batang idung jodoh, sekarang batang idung anak pulak tak nampak. Haha

Ada akak opis aku cakap try la buat rawatan kesuburan dengan LPPKN. Tapi tak silap aku dorang akan utamakan pasangan yang dah berkahwin lebih 1 tahun. Kalau silap, sorry. Lagipun aku call tak pernah ada orang angkat.

So aku google dan aku jumpa Klinik Siti. Selalu jugak nampak branch dia sana sini. Aku pun call Klinik Siti Putrajaya sebab tu paling dekat dengan rumah. Tapi staff dorang cakap better pergi terus Klinik Siti Cyberjaya, sebab ada pakar kat sana. Aku dapat appointment 7 April 2022.


7 APRIL 2022 - FIRST APPOINTMENT (RM499)

Rupanya klinik ni ada dua je doktor, sorang laki sorang perempuan. So aku request nak doktor perempuan dan aku pun dapat Dr. Mai.

Dr. Mai ni punya lah friendly, kau akan rasa nak pergi beraya rumah dia hari2. Wah over. Segala ketakutan dan kerisauan kau akan hilang, sebab dia pandai comfort dan pandai buat lawak.


Ruang menunggu Klinik Siti Cyberjaya

First Dr. Mai buat Transvaginal Ultrasound untuk scan tengok condition endometrium dan check kalau cyst aku tu ada lagi ke tak. Scan ni bukan scan dekat perut tau, dia masukkan alat dari bawah. Pada aku tak sakit langsung. Dan Alhamdulillah, cyst aku dah takde. Dr. Mai cakap dinding rahim aku tebal, bagus untuk implantation. Kebetulan pulak aku tengah subur hari yang sama, jadi dapat lah tengok telur2 dekat rahim kiri dan kanan yang otw nak matang dan pecah. Dalam banyak2 tu, ada satu telur yang paling besar dari telur2 lain. Dr. Mai cakap kita memang akan ada "dominant egg", telur tu yang akan disenyawakan. Ikut fahaman aku la. Sorry kalau fahaman aku kelaut, tapi lebih kurang gitu la cerita dia. Hahaha

Disebabkan condition rahim aku ok je, so Dr. Mai tak proceed dengan check fallopian tube dulu. Dia suruh aku dan suami buat ujian darah dan ujian sperma untuk next appointment.

Kitorang bayar RM499 untuk whole package. Next appointment datang tak payah bayar, kira bayar sekali terus gittew.

Ok tu je untuk first appointment. Nanti aku update lagi next step kitorang okay~