Saturday 9 April 2022

TTC Journey: Rawatan Kesuburan di Klinik Siti

Hi!

Dah 6 bulan aku kahwin, tapi aku masih belum pregnant lagi. Mungkin ada yang cakap awal lagi, masih dalam fasa honeymoon, boleh bercinta puas puas. Kalau ikutkan siapa je taknak honeymoon lama2, tapi mak ayah aku pun dah tua, aku jadi sedih. Memang dorang tak pernah tanya atau push bila nak ada anak, tapi aku yang nak sangat bagi dorang cucu.

By the way seminggu lepas kahwin aku kena ovarian cyst, senggugut aku pulak memang jenis sakit teruk, jenis tak boleh bangun. So aku memang risau gila bila dah kahwin 6 bulan tapi aku masih belum pregnant lagi. Sedara dan kawan2 yang kahwin selepas aku pun dah pregnant. Kalau dulu aku tak nampak batang idung jodoh, sekarang batang idung anak pulak tak nampak. Haha

Ada akak opis aku cakap try la buat rawatan kesuburan dengan LPPKN. Tapi tak silap aku dorang akan utamakan pasangan yang dah berkahwin lebih 1 tahun. Kalau silap, sorry. Lagipun aku call tak pernah ada orang angkat.

So aku google dan aku jumpa Klinik Siti. Selalu jugak nampak branch dia sana sini. Aku pun call Klinik Siti Putrajaya sebab tu paling dekat dengan rumah. Tapi staff dorang cakap better pergi terus Klinik Siti Cyberjaya, sebab ada pakar kat sana. Aku dapat appointment 7 April 2022.


7 APRIL 2022 - FIRST APPOINTMENT (RM499)

Rupanya klinik ni ada dua je doktor, sorang laki sorang perempuan. So aku request nak doktor perempuan dan aku pun dapat Dr. Mai.

Dr. Mai ni punya lah friendly, kau akan rasa nak pergi beraya rumah dia hari2. Wah over. Segala ketakutan dan kerisauan kau akan hilang, sebab dia pandai comfort dan pandai buat lawak.


Ruang menunggu Klinik Siti Cyberjaya

First Dr. Mai buat Transvaginal Ultrasound untuk scan tengok condition endometrium dan check kalau cyst aku tu ada lagi ke tak. Scan ni bukan scan dekat perut tau, dia masukkan alat dari bawah. Pada aku tak sakit langsung. Dan Alhamdulillah, cyst aku dah takde. Dr. Mai cakap dinding rahim aku tebal, bagus untuk implantation. Kebetulan pulak aku tengah subur hari yang sama, jadi dapat lah tengok telur2 dekat rahim kiri dan kanan yang otw nak matang dan pecah. Dalam banyak2 tu, ada satu telur yang paling besar dari telur2 lain. Dr. Mai cakap kita memang akan ada "dominant egg", telur tu yang akan disenyawakan. Ikut fahaman aku la. Sorry kalau fahaman aku kelaut, tapi lebih kurang gitu la cerita dia. Hahaha

Disebabkan condition rahim aku ok je, so Dr. Mai tak proceed dengan check fallopian tube dulu. Dia suruh aku dan suami buat ujian darah dan ujian sperma untuk next appointment.

Kitorang bayar RM499 untuk whole package. Next appointment datang tak payah bayar, kira bayar sekali terus gittew.

Ok tu je untuk first appointment. Nanti aku update lagi next step kitorang okay~

No comments:

Post a Comment