Lepas dah consult dengan Dr. Mai and buat transvaginal ultrasound waktu first appointment haritu, kitorang kena buat ujian darah dan semen analysis.
Tak perlu set appointment pun dengan staff Klinik Siti Cyberjaya, boleh walk in je terus. Tapi sebab tengah bulan Ramadhan, jadi jadual aku dan suami pulak tak berapa nak cantik. Dapat la jugak cari satu hari untuk datang klinik.
21 April 2022 (Khamis)
Kitorang datang lepas waktu berbuka. Tunggu nama kena panggil jap, lepastu masuk dalam untuk ambil darah. Pada waktu yang sama, suami aku kena pergi buat semen analysis. Ok part ni kelakar. Sebelum hari ni tiba, aku dah buat research dulu pasal pengalaman orang lain. Ada yang kata suami diberi pilihan untuk usaha sendiri atau isteri tolong. Siap ada satu tu, ada bilik khas disediakan dengan TV sebesar alam. Ni klinik/hospital lain lah.
So kitorang punya expectation dekat Klinik Siti Cyberjaya pun sama. Tapi tiba2 ujian darah aku dan semen analysis suami kena buat serentak.
Ujian darah kejap je tak sampai 5 minit pun. Macam biasa lah proses ambil darah, kena inject dan settle. Alhamdulillah tak sakit sebab nurse pandai cari urat. Pro tips before ambil darah, make sure korang minum banyak air dan betul betul hydrate. Sebab bila badan hydrate, urat dekat tengan senang nak cari dan untuk nurse inject.
Lepastu dah settle ujian darah, aku tengok dekat waiting area suami aku still takde. Aku nak text tanya kat mana, tapi aku taknak lah kacau beliau. Wakaka. Actually aku kesian sebab suami aku tengah tak berapa sihat, penat sebab seharian puasa dan takut, sebab honestly, TTC journey ni pun quite stressful untuk dia walaupun dia lelaki. Sebab kitorang still taktahu masalah punca dari mana.
Tunggu punya tunggu, cuba teka dia keluar dari mana? TOILET. So basically dekat Klinik Siti Cyberjaya takde tempat yang macam proper untuk warga suami keluarkan air mani. Ugh.......... Aku tak sure lah kalau memang ada bilik proper yang tengah under renovation ke, tapi time kitorang datang memang takde tempat disediakan.
Toilet dia memang sebelah waiting area. Bising sangat. Time ni ada pulak dua tiga orang budak yang tengah meriah main gelongsor.